Thursday, December 25, 2014

Kad Pengenalan Haiwan Tercinta !

Bukan manusia sahaja yang ada kad pengenalan tetapi haiwan kesayangan kita juga ada! haha,.. Haiwan pun nak identiti mereka sendiri juga ! Mari kita lihat.




Apa itu Pet Passport?

Pet Passport atau dikenali sebagai Kad Pengenalan Haiwan Malaysia merupakan satu dokumen Rasmi Kerajaan Malaysia dan ianya hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Veterinawan Bertauliah (VB) berdaftar. Di negara-negara maju seperti United State, Canada dan Europian Union, Pet Passport menjadi satu kemestian sekiranya mereka ingin membawa masuk atau keluar haiwan kesayangan mereka daripada sesebuah negara.

Di Malaysia, Pet Passport dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti yang diperuntukan di Akta Haiwan 1953 (Semakan 2006) dan pada ketika projek ini hanya memfokuskan pendaftaran haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, arnab dan kuda. Manakala Sistem Pendaftaran Pet Passport pula merupakan sistem pengkalan data kebangsaan di bawah Projek Malaysian Animal Traceability System (MATs).

Kenapa Pet Passport Penting?

Pet Passport penting kerana ia membolehkan anda mengumpul semua maklumat penting yang diperlukan mengenai haiwan kesayangananda di dalam satu dokumen dan memudahkan pegawai di sepadan atau di pintu masuk sesebuah negara untuk mengesahkan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan anda.

Di antara tujuan mewujudkan Pet Passport adalah:
-memberi tanda pengenalan
-membangunkan sistem pengkalan data
-memperbaiki daya jejak haiwan kesayangan
-meningkatkan pemilik haiwan kesayangan bertanggungjawab
-menjamin kebajikan dan kesejahteraan haiwan terpelihara

Faedah?

1) Mudah mengesan haiwan mereka yang hilang.
2) Pengesahan pemilik haiwan kesayangan melalui microchip yang ditanam di bawah kulit haiwan.
3) Maklumat penting kesihatan haiwan kesayangan anda berada dalam satu buku sahaja
4) Mudah mengawal penyakit sekiranya berlaku wabak.




Bagaimana untuk mendapatkan PET PASSPORT untuk haiwan kesayangan anda?

Pemilik haiwan boleh mendapatkan Pet Passport haiwan kesayangan merela melalui PENDAFTAR HAIWAN DI MALAYSIA yang sah iaitu Pegawai Veterinar yang bertugas di seluruh pejabat DVS Malaysia dan Veterinawan Bertauliah (VB) berdaftar yang berdekatan anda.

Berapa harga bayaran pendaftaran Pet Passport?

Harga untuk pendaftaran Pet Passport adalah seperti berikut:
1) Kucing, anjing dan arnab- RM7.00
2) Kuda- RM9.00

Harga adalah tidak termasuk microchip, pemeriksaan fizikal, gambar dan lain-lain perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment