Wednesday, December 10, 2014

Paracetemol dan Kesannya Terhadap Kucing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Kebiasaannya, apabila demam sudah tentu paracetemol atau panadol yang menjadi tumpuan bukan? Tapi, apa kaitannya pula dengan SiComel. Jadi post pada hari ini adalah berkaitan tips dan kesihatan SiComel tentang paracetemol atau panadol ni. Mungkin anda tidak tahu yang sebenarnya panadol dan paracetemol ini boleh menyebabkan SiComel mati.


Sicomel tidak dapat menyingkirkan atau mengkumuhkan paracetamol atau panadol dari badannya kerana kekurangan satu enzim berbanding manusia dan boleh menyebabkan hati rosak serta sel darah merah menjadi tidak normal. Satu (1) tablet boleh merosakkan sistem imunisasi dalam badan sicomel anda!


KESAN DAN AKIBAT JIKA SICOMEL KERACUNAN PARACETAMOL @ PANADOL


Tahap 1 (0 - 12 jam): Muntah, murung, sesak nafas, keletihan, tiada selera makan, lemah, gusi bertukar warna keperangan dan air liur meleleh.


Tahap 2 (12 - 24 jam): Muka, bibir dan kaki menjadi bengkak, koordinasi badan menjadi tidak normal (mabuk), koma, kejang otot dan kemungkinan mati mengejut.


Tahap 3 (lebih 24 jam): tanda berkait dengan kegagalan fungsi hati seperti sakit dibahagian abdomen serta gusi, mata dan kulit bertukar kekuningan dan keadaan mental yang tidak normal.


AKIBAT KERACUNAN PARACETAMOL @ PANADOL

I
I
I
I
I
\/
Gambar diatas adalah anak kucing yang 
berusia 7 bulan yang memakan separuh tablet paracetamol
dan panadol. Tanda ketoksikan termasuk bengkak (edema) pada
wajah, meleleh air liur, lesu dan lemah sistem imunisasi 
dalam badan.

*Insyaallah dengan Kuasa dari Allah, anda masih boleh menyelamatkan dengan membawa segera ke klinik atau hospital veterinar berdekatan untuk rawatan dan perubatan selanjutnya. Dapatkan khidmat dan nasihat dari doktor veterinar selajutnya....


P/S: Jauhilah paracetamol dari sicomel anda agar ianya tidak menjadi mangsa keadaan akibat memakan paracetamol dan panadol. 





No comments:

Post a Comment